Wednesday, December 23, 2015

Dropship

Assalamualaikum wbt...


Apa habaq sekalian umat Muhammad S.A.W. ?

Sihat sejahtera lah hendaknya.

Okay, mood nak update blog mai dah. Mai pun tengah-tengah malam. Tak kisah lah janji line clear.

Sesuai dengan tajuk entri, aku nak habaq kat hangpa-hangpa yang baca blog aku ni, bahawasanya aku sekarang ni join bisnes dropship untuk produk Dian Legacy Sdn Bhd.

Hangpa tau tak company apa tu ? Mesti ada hangpa penah dengaq pasal budak perempuan yang jadi jutawan masa umuq dia 22 tahun. Dia wat kluaq produk mask dia sendiri. Tabik habih kat dia. Jadi bila kita bercita-cita nak jadi jutawan jugak, kita kena la ikut cara-cara jutawan.

Dian ni atau nama penuh dia Nurul Diana uruskan bisnes dia dari rumah je. Memang dia fokus pada penjualan online. Kita tak tau rezeki kita di mana, tak tahu cara datangnya macam mana..yang penting usaha. So, aku pun usaha dengan langkah pertama yang kecil ni..aku apply jadi agen dropship. Join dropship tak payah kluaq modal.


Okay, apa produk dia yang fames hah?

1) Floral Mask.
     - mask ni guna untuk bantu kluaqkan whitehead ngan blackhead kat muka kita. Tak payah susah-susah nak picit, satgi berparut muka.



Bukan sebarang testimoni. Abg Ben yang fames tu pun dah cuba floral mask ni. Korang bila lagi ??


nampak macam geli kan. Tu la whitehead yang kluaq lepas guna floral mask ni. 



2) Nano Lightener Cream
    - okay, krim nano ni sebenarnya krim pencerah. Tapi bukan krim pencerah yang dok sapu kat muka tu. Ni krim pencerah utuk seleruh badan kecuali muka. Sesuai untuk sapu kat kawasan-kawasan terpencil yang tak brapa bercahaya tu. 



Mesti korang penah tengok iklan ni kan kat facebook. Banyak testimoni pengguna yang dah berjaya. Kita perlu guna atau tak produk ni tak payah gitau kat orang. Ni rahsia peribadi, kalau nak guna, contact saya okay. 


Ni pun salah satu cara berhias untuk suami. 

Produk ni keluaran Malaysia. Diusahakan oleh anak melayu. Dijamin halal dan diluluskan KKM.



Kalau korang perasan ada testimoni yang tunjuk ketiak pengguna kan. Tu ketiak pengguna lelaki ye, sebab Dian ni taknak sebarkan gambar ketiak perempuan, aurat. Nanti pakat promot dapat saham dosa sorang sikit. So dia cuma guna testimoni ketiak pengguna lelaki. Untuk perempuan dia banyak guna testimoni bertulis. 

Kalau korang lelaki boleh la guna produk ni pastu submit testimoni. Jadi model ketiak pun kira okay apa. Yang penting tak menipu. 


3) Dian Vitamin C & E
   - vitamin dia pun ada kesan mencerahkan kulit selain memudarkan parut jerawat. Tapi ni packaging lama, yang baru botol kaler purple. Oh ya..purple adalah warna rasmi syarikat ni. 


Tu la serba sikit produk keluaran Dian Legacy Sdn Bhd. So kalau korang nak order boleh whatsapp aku 014-5159569. 


Doakan langkah yang aku ambik ni diberkati dan diredhai. 





2 comments:

ctpayong said...

Insyaa-Allaah
Insyaa-Allaah
Mudah2an hangpa berjaya, aamiin.

Naz said...

Terima kasih ctpayong

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...